Sabtu, 4 Julai 2009

KEPIMPINAN KOPERASI

*Tertakluk kepada Akta, Peraturan dan UUK, kuasa tertinggi KOKANUN terletakhak pada Mesyuarat Agung Perwakilannya dimana setiap anggota perwakilan yang dipilih berhak hadir dan mempunyai satu undi.
*Mesyuarat Agung Perwakilan KOKANUN diadakan setiap tahun manakala Mesyuarat Agung Kawasan bagi pemilihan perwakilan diadakan setiap 2 tahun sekali.
*KOKANUN mempunyai 9 kawasan perwakilan. Pemilihan perwakilan adalah berdasarkan 1 perwakilan bagi setiap 25 anggota dan had 15 perwakilan bagi satu-satu kawasan

VISI KOKANUN


Ke arah menjadikan KOKANUN sebuah koperasi sejahtera dan berdaya maju yang terulung di Malaysia

MISI KOKANUN


KOKANUN adalah komited sepenuhnya bagi menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan berkualiti yang memenuhi kehendak pelanggan dan masyarakat umum bagi meningkatkan pembangunan fizikal dan rohani.

SEJARAH PENUBUHAN


*Ditubuhkan pada 10 April 1964 ( 41 tahun )
-Nombor pendaftaran – 3994
*Asal dikenali sebagai THE EAST COAST GENERAL EMPLOYEES CO-OPERATIVE THRIFT AND LOAN SOCIETY LIMITED
*Keanggotaan secara sukarela, terbuka kepada kakitangan jabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan penguasa-penguasa tempatan
*Jumlah anggota terkini 6,300 orang
*Aktiviti utama adalah jimat cermat dan pinjaman tetapi kini telah dipelbagaikan